Login:
Votes - 0, Average rating: 0 ( )

User manual Lenovo, model A2010-a Smartphone

Manafacture: Lenovo
File size: 235.17 kb
File name:
Language of manual:id
Free link for this manual available at the bottom of the page



Other manuals for this model:

manual abstract


Peranti yang dicas mungkin menjadi panas semasa penggunaan biasa. Pastikan terdapat
pengalihan udara yang mencukupi di sekitar peranti yang dicas itu. Cabut palam peranti yang
sedang dicas jika berlaku sebarang perkara berikut:
Peranti yang sedang dicas telah terdedah kepada hujan, cecair atau kelembapan yang
berlebihan.
Peranti yang sedang dicas menunjukkan tanda - tanda kerosakan fizikal.
Anda mahu membersihkan peranti yang sedang dicas.
Lenovo tidak bertanggungjawab atas prestasi atau keselamatan produk yang tidak
dikilangkan atau diluluskan oleh Lenovo. Gunakan penyesuai ac dan bateri yang diluluskan
Lenovo sahaja.
PERHATIAN: Penyesuai hendaklah dipasang berdekatan dengan peralatan dan
hendaklah boleh didapatkan dengan mudah. Pengguna perlu menggunakan antara muka
sambungan USB dengan versi USB 2.0 atau lebih tinggi.
Gangguan
Berhati - hati semasa menggunakan Telefon Lenovo dalam kenderaan atau semasa
menunggang basikal. Utamakan keselamatan anda dan keselamatan orang lain pada setiap
masa. Patuhi undang- undang. Undang - undang dan peraturan setempat mungkin mengawal
cara anda boleh menggunakan peranti elektronik mudah alih, seperti Telefon Lenovo, semasa
memandu kenderaan atau menunggang basikal.
Bahaya tercekik
Simpan Telefon Lenovo dan aksesorinya jauh daripada kanak - kanak. Telefon Lenovo
mengandungi bahagian bersaiz kecil yang boleh menimbulkan bahaya tercekik kepada kanak -
kanak. Selain itu, skrin kacanya boleh pecah atau retak jika terjatuh atau dibaling pada
permukaan keras.
Udara mudah meletup
Jangan mengecas atau menggunakan Telefon Lenovo di sebarang kawasan yang mempunyai
udara yang berpotensi mudah meletup, seperti di kawasan mengisi minyak atau di kawasan
yang udaranya mengandungi bahan kimia atau zarah (seperti butiran, habuk atau serbuk
logam). Patuhi semua papan tanda dan arahan.
Gangguan frekuensi radio
Patuhi papan tanda dan notis yang menghalang atau menyekat penggunaan telefon mudah
alih (contohnya, di kemudahan penjagaan kesihatan atau kawasan letupan). Meskipun
Telefon Lenovo direka bentuk, diuji dan dikilangkan agar mematuhi peraturan yang mengawal
pancaran frekuensi radio, pancaran dari Telefon Lenovo boleh menjejaskan pengendalian
peralatan elektronik yang lain secara negatif dan menyebabkannya rosak. Matikan Telefon
Lenovo atau gunakan Mod Pesawat untuk mematikan pemancar wayarles Telefon Lenovo
apabila penggunaannya dilarang, seperti semasa menaiki pesawat atau apabila diminta
berbuat demikian oleh pihak berkuasa.
Peranti perubatan
Telefon Lenovo mempunyai radio yang mengeluarkan medan elektromagnet. Medan
elektromagnet ini boleh mengganggu perentak jantung atau peranti perubatan yang lain. Jika
anda memakai perentak jantung, kekalkan jarak pemisah sekurang - kurangnya 15 cm (6 inci)
di antara perentak jantung anda dan Telefon Lenovo. Jika anda mengesyaki Telefon Lenovo
mengganggu perentak jantung anda atau sebarang peranti perubatan yang lain, berhenti


...


Reviews



Your review
Your name:
Please, enter two numbers from picture:
capcha





Category