Login:
Votes - 0, Average rating: 0 ( )

User manual Lenovo, model A7000 Smartphone

Manafacture: Lenovo
File size: 273.14 kb
File name:
Language of manual:id
Free link for this manual available at the bottom of the page



Other manuals for this model:

manual abstract


pengudaraan yang mencukupi di sekitar peranti yang dicas itu. Cabut palam peranti yang sedang
dicas jika berlaku sebarang perkara berikut:
Peranti yang sedang dicas telah terdedah kepada hujan, cecair atau kelembapan yang berlebihan.
Peranti yang sedang dicas menunjukkan tanda - tanda kerosakan fizikal.
Anda mahu membersihkan peranti yang sedang dicas.
Lenovo tidak bertanggungjawab atas prestasi atau keselamatan produk yang tidak dikilangkan atau
diluluskan oleh Lenovo. Gunakan hanya penyesuai ac dan bateri yang diluluskan Lenovo sahaja.
PERHATIAN: Penyesuai hendaklah dipasang berdekatan dengan peralatan dan hendaklah boleh
dicapai dengan mudah. Pengguna perlu menggunakan sambungan kepada antara muka USB
dengan versi USB 2.0 atau lebih tinggi.
Gangguan
Berhati - hati semasa menggunakan Telefon Lenovo di dalam kenderaan atau semasa menunggang
basikal. Utamakan keselamatan anda dan keselamatan orang lain pada setiap masa. Patuhi undang-
undang. Undang - undang dan peraturan setempat mungkin mengawal cara anda boleh menggunakan
peranti elektronik mudah alih, seperti Telefon Lenovo, semasa memandu kenderaan atau
menunggang basikal.
Bahaya tercekik
Jauhkan Telefon Lenovo dan aksesorinya daripada capaian kanak - kanak. Telefon Lenovo
mengandungi bahagian bersaiz kecil yang boleh menimbulkan bahaya tercekik kepada kanak - kanak.
Selain itu, skrin kacanya boleh pecah atau retak jika terjatuh atau dibaling pada permukaan keras.
Udara mudah meletup
Jangan mengecas atau menggunakan Telefon Lenovo di sebarang kawasan yang mempunyai udara
yang berpotensi mudah meletup, seperti di kawasan mengisi minyak atau di kawasan yang udaranya
mengandungi bahan kimia atau zarah (seperti butiran, habuk atau serbuk logam). Patuhi semua
papan tanda dan arahan.
Gangguan frekuensi radio
Patuhi papan tanda dan notis yang menghalang atau menyekat penggunaan telefon mudah alih
(contohnya, di kemudahan penjagaan kesihatan atau kawasan letupan). Meskipun Telefon Lenovo
direka bentuk, diuji dan dikilangkan agar mematuhi peraturan yang mengawal pancaran frekuensi
radio, pancaran dari Telefon Lenovo boleh menjejaskan pengendalian peralatan elektronik yang lain
dan mengakibatkannya tidak berfungsi. Matikan Telefon Lenovo atau gunakan Mod Pesawat untuk
mematikan pemancar wayarles Telefon Lenovo apabila penggunaannya dilarang, seperti semasa
menaiki pesawat atau apabila diminta berbuat demikian oleh pihak berkuasa.
Peranti perubatan
Telefon Lenovo mengandungi radio yang memancarkan medan elektromagnet. Medan elektromagnet
ini boleh mengganggu perentak jantung atau peranti perubatan yang lain. Jika anda memakai
perentak jantung, kekalkan jarak pemisah sekurang - kurangnya 15 cm (6 inci) di antara perentak
jantung anda dan Telefon Lenovo. Jika anda mengesyaki Telefon Lenovo mengganggu perentak
jantung anda atau sebarang peranti perubatan yang lain, berhenti menggunakan Telefon Lenovo dan
rujuk pakar perubatan untuk mendapatkan maklumat khusus tentang peranti perubatan anda.
Maklumat pengendalian penting
Pembersihan
Bersihkan Telefon Lenovo dengan segera jika peranti itu telah menyentuh sebarang bahan yang


...


Reviews



Your review
Your name:
Please, enter two numbers from picture:
capcha





Category